Resepi Ayam Goreng Cili Halia


.
Bahan-bahan :
1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
3 biji bawang merah (sederhana besar)
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
4 biji lada merah
6 biji cilipadi
1 atau 2 keping Asam keping
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh cuka
1 sudu teh sos ikan
1 btg serai diketuk
Hirisan bawang besar
Minyak utk meggoreng
Garam gula / gula merah (jika suka)
.
Cara - Cara Penyediaan :
Kupas & blend (saya tumbuk jgn lumat sgt) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan. Masukkan dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan sedikit air supaya tak kering sgt sambil masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi..goreng sampai naik bau kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut keadaan..
Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.
.
Share Supaya Tak Hilang
Sila Comment "Mohon Share" dan tekan Share supaya fanpage lebih aktif di News Feed

Kredit resepi kepada : tidak dapat dikesan,jika ini resepi ini sila pm page untuk admin edit dan letakkan kredit kepada anda,tq
Powered by Blogger.