Resepi Kepak Ayam Madu
Pertama sekali 10 kepak ayam dipotong drummet (menjadi 20 keping). Lepas potong, cucuk ayam dengan garfu. Masukkan ke dalam periuk berisi air. Tambah garam dan lada hitam. Panaskan.
Tujuan langkah ini supaya bahagian dalam ayam masak, juga untuk menambah rasa pada bahagian dalam ayam agar lebih umph. Hasilnya nanti, bahagian dalam ayam akan menjadi lebih berperisa dan juicy. Wow!
Selepas lebih kurang 10 minit, boleh toskan kepak ayam. Jangan lama-lama sangat nanti ayam terlampau empuk tak sedap.
Campakkan:
- 6 ulas Bawang Putih (ditumbuk sampai halus)
- Halia (saiz ibu jari, ditumbuk halus)
- 3 Sudu Madu
- 3 Sudu Sos Cili
- 3 Sudu Sos Tiram
- 2 Sudu Sos Ikan
- 6 Sudu Kicap Manis
- 2 Sudu Serbuk Cili
Gaul sampai rata
Curahkan semuanya ke dalam kuali leper.
Panaskan menggunakan api sederhana. Tujuan langkah ini adalah untuk memastikan kepak ayam menyerap semua rasa bahan-bahan sebentar tadi.
Serius, bau dapur sangat semerbak time ni! Panaskan hingga kuah pekat seakan-akan karamel.
Serius, bau dapur sangat semerbak time ni! Panaskan hingga kuah pekat seakan-akan karamel.
Ok nice, kita boleh lihat ayam sudah menyerap semua rasa kuah tadi.
Next step, susun diatas dulang besi beralaskan baking paper. Kalau rajin, kuan-kuah yang melekat pada periuk tadi disapukan keatas ayam.
Bakarkan didalam ketuhar pada suhu 190° selama 20 minit (terbalikkan setiap 10 minit). Tujuan langkah ini adalah kita ingin menjadikan kulit ayam crispy. Hasilnya nanti, kepak ayam yang rangup di luar, juicy di dalam. Wow!
Leave a Comment